Wednesday, November 14, 2012

Perfect Menu for a Birthday Party

29 October yang lepas was my dad's birthday, since I was at home  that day so I planned to have a small birthday party for him. Very small part just for family and close friends.So I pun buat senarai menu yang hendak dimasak pada hari tersebut. Well, saya suka memasak  as my mom is a cook. She also experts in baking cakes. I think mama terlalu banyak pergi kursus kek sejak dia muda remaja, my mom is a superwoman, semua dia tahu buat tau. Im proud to have her as a mother. Mama jugak sangat handal menjahit.Ok stop.
 I started to cook since I was 11 and I started to bake cakes when I was 15.Tapi I'm more to lauk pauk  instead of baking cakes. Saya buat kek bila terdesak je atau bila ada masa free or in a special occasion:)
So I think ini adalah antara menu yang sesuai untuk express mini birthday party

Menu:

Aromatic Vege Rice
Garden Pasta Salad
Black Paper Mashed Potato
Black Paper Roasted Chicken

So here I am going to share the recipes of all dishes above

****For your information, the dishes above are my own recipe except for Black Paper Mashed Potato , the original recipe was taken from MyResipi and modified a lil bit by me :)

Kalau nak copy boleh, tapi kena letaksumber dan link ke blog saya la, kalau tak u can be charged as mencuri tau. 


****Untuk bahan-bahan semua saya agak-agak tau, saya tak pernah guna measurement tertentu untuk quantiti bahan yang digunakan:)

Aromatic Vege Rice

Bahan-bahan:
3 pot beras (depends  berapa orang nak makan)

bahan tumis :
1 senduk butter - pilih butter yang less calories, cholesterol and fat
1 biji bawang besar (blended)
3 ulas bawang putih (blended)
bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang


1 batang carrot (potong dadu)
3 warna capcicum hijau, kuning dan merah (potong dadu)
white pepper
garam
gula

Cara-cara:
Firstly, tumis semua bahan tumis dalam rice cooker. Lepas bahan tumis naik bau, masukkan beras yang sudah dicuci bersama sukatan air yang betul. Masukkan garam dan secubit gula serta serbuk perasa jika perlu.. Bila nasi mendidih boleh lah dimasukkan carrot dan capcicum dan gaul rata.seimbangkan rasa, setelah masak boleh lah hidang:)

Garden Pasta Salad

Bahan-bahan

setengah paket pasta
olive oil
sedikit butter
garam
3 ulas bawang putih
3 warna capcicum (dipotong memnjang)
Brokoli dicelur
salad ( dicarik)
Tomato (buang lendir, potong memanjang nipis-nipis)
sos salad(kalau takde boleh ganti dengan mayonis + sedikit cuka + susu cair )

Cara-cara:


firstly, celur brokoli yang telah dipotong dalam air mendidih selama lebih kurang 2 minit. toast kan and put aside. Rebus pasta dengan 2 sudu butter dan garam sehingga lembut. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih yang sudah dicincang. Masukkan pasta, pepper, serta garam. Asingkan. Di dalam mangkuk besar, boleh lah dicampur tomato, capcicum, brokoli, salad yang telah dipotong dan digaul bersama pasta yag telah digoreng tadi. Kemudian satukan semua bahan bersama sos salad. Boleh lah dihidang.




Black Paper Mashed Potato

Bahan-bahan
4biji ubi
butter
tepung gandum
1 biji bawang
daun parseli
tomato buah (kalau xde guna sos tomato)
kicap cair
sos tiram
pepper
1 kiub ayam



Cara-cara:

Cincang bawang merah dan daun parseli. Panaskan air didalam periuk dan masukkan bawang dan daun parseli cincang bersama kiub ayam. Masak sehingga mendidih dan ketepikan. Didalamkan periuk lain cairkan mentega diatas api. Setelah cair masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sebati untuk elakkan ketulan-ketulan mentega dan tepung. Setelah pekat bolehlah dimasukkan sedikit demi sedikit air rebusan bawang dan daun parseli tadi (jangan masukkan sekali gus untuk elakkan kuah tidak sebati).Setelah dimasukkan kesemuanya, kuah menjadi pekat, bolehlah dimasukkan sedikit kicap dan tomato kisar serta pepper dan juga sos tiram. Seimbangkan dengan garam.dan hidang bersama ubi yang telah dilenyek.







Black Paper Roasted Chicken

Bahan-bahan:




1 ekor ayam bersihkan

Bahan untuk perap ayam:



4 ulas bwg pth dkisar

4 biji bawang besar dikisar


sedikit halia dikisar

2 camb lada hitam - saya guna tesco brand plastik hijau

6 camb madu


sedikit kiub ayam knorr

5 camb  kicap pekat

2 camb mixed herbs (boleh didapati di tesco dalam botol harga rm5 ke bawah)
2 camb oregano (boleh didapati di tesco dalam botol harga rm5 kebawah)
sedikit mentega untuk dilumur pada ayam


garam, gula secukup rasa



Cara-cara:




Perap semua bhn diatas bersama ayam semalaman, letak 

dalam tray dan sapu mentega pada keseluruhan ayam.  
Masukkan di dalam oven bakar 180C selama lebih kurang 30 

minit (main agak2 sampai ayam masak)lebihan rempah 

bolehlah dilumur pada ayam ketika selepas 15minit ayam 

dibakar, serta dilumur bersama mentega. 






SELAMAT MENCUBA :)


No comments:

Post a Comment