Friday, September 13, 2013

Chubby..pulanglah



Chubby ...
Bagiku dia bukanlah kucing biasa, aku menganggapnya seperti anak sendiri, aku adopt dia sedari dia 2 bulan, akulah ibunya, kawannya, penjaganya. 
Kemana saja aku pergi, tak pernah aku tinggalkan dia, makanan dia aku jaga, supplement dia semua teratur, sehinggakan dia demam, aku juga demam kerana terlalu risaukan dia.



Chubby..
Bukan kucing biasa.. aku terlalu sayangkan dia, aku tak pernah tinggalkan dia,dia tak pernah tinggalkan aku,tak pernah aku bayangkan aku akan kehilangannya, secepat ini...

Chubby,
manja, cerdik, malas, sombong, sayangkanku, banyak kenanganku dengan Chubby ..darilah dia menunggang moto bersamaku, tidak pernah dia takut malah dia lagi sukakan angin laju melintasi mukanya, dia tidur dalam raga..kalau kucing lain mesti dah lompat dan lari.







Chubby,
bukan kucing biasa, dia selalu ikut aku pergi shopping, kalau aku rajin , aku letak dia dalam carrier bawak masuk shopping complex sekali, kalau tak, dia akan tunggu dalam kereta dengan sabar, siap tidur nyenyak lagi,dia tak kisah tunggu dalam kereta asalkan dia dapat ikut.



Chubby
sangat kuat makan, sejak dapat nasi dengan ikan, dia dah taknak makan biskut royal canin, dia makan ikan dalam tin digaul dengan nasi, makan berulang-ulang dalam sehari. kucing lain satu tin tahan seminggu tapi makanan Chubby hanya tahan 2 hari.



Chubby..
sangat sukakan aircond, dia boleh tidur berjam-jam kalau duduk dalam aircon, dalam kereta pun dia akan berdiri depan aircond, sehinggakan aku pernah bawak dia travel dari Shah Alam ke sungai petani naik bus, letak dalam carrier at first,tapi dia mintak keluar dan dia tido satu seat dia seekor..Chubby memang kucing yang baik.




Chubby...
dah seminggu Chubby pergi tak balik-balik, malam sebelum dia hilang dia macam nak bagitau something, dia sangat bising tapi aku tak endahkan dia, sampai lah dia keluar rumah dan pergi.

Malamnya aku tidur iaitu pada 6 September (2 a.m) , tiba-tiba tersentak dan terjaga, nafas naik turun, I knew something bad happened to Chubby, I could feel it, dengan ribut dan kilat. But i tried to comfort myself,
In syaa Allah tak ada apa-apa yang jadi, Chubby balik esok , jangan risau wahai hati.

Tapi esok pagi dia tak balik, aku terus pergi ke kelas, balik dari kelas pukul 5 petang dia tak ada, walhal setiap kali aku pulang, dia mesti duduk-duduk tunggu depan pintu sampai aku balik.

Chubby dah tak balik-balik hingga ke hari ni 13September...


Solat hajat, istikarah dan yasin setiap malam bertemankan air mata, aku bermimpi sesudahnya perempuan kurus berkulit cerah bertudung bernama Nursafiyyah yang mengambil Chubby,tidak diketahui niatnya, benar atau tak...wallahu'alam..hanya Allah SWT yang tahu..Aku hanya mampu berdoa agar dia kembali menjadi milikku, temanku..jika dia telah pergi kesisiMU ya Allah SWT berilah petunjuk kepadaku agar aku semakin redha dengan ketentuanMU..

Hari-hari terakhirku bersama Chubby tak pernah luput dari ingatan, dia sangat manja, berkali-kali minta nak naik motor  pusing-pusing Shah Alam, bila dah sampai rumah pun dia masih taknak turun. Rindu Chubby:,(








Chubby posing pakai collar biru yang baru dibeli sambil bermain dengan Tommy si kitten kepunyaan Mimi. Collar baru..ya collar baru bewarna biru, jika benar ada orang mengambilnya kenapa sanggup dia mengambil sesuatu yang bukan haknya sedangkan terang dan nyata Chubby berkolar..






Chubby...pulang lah sayang..
Mummy misses you my dear, please don't do this to me, I can't take it anymore.. :,(

Kalau Chubby balik, aku janji takkan sesekali abaikan dia lagi, akan bagi layanan yang lebih, 
I'm sorry Chubby, I was to busy that I had abandoned you lately, I am so sorry..please come back.. I promise will spend a lot time together when you get back :,)

Dan jika benar ada yang mengambilnya, mintalah kembalikan, kasihanilah kami yang tak pernah berjauhan sebegini, kasihanilah ku yang hidup kerisauan, sakit dada yang terlalu sakit memikirkan dimana Chubby, mintalah dikembalikan, semoga Allah SWT membalas jasa baikmu nanti....

Dan jika benar dia telah pergi kesisiMU ya Allah SWT berilah petunjuk kepadaku agar aku semakin redha dengan ketentuanMU..

Sesungguhnya sedihku ini sangat sedih, terlalu perit, tak sanggup lagi menanggung kerinduanku pada Chubby.. 

Pulanglahh Chubby.....




14 comments:

  1. Sabar la sayang..nangis sy baca blog ni..
    Sy faham perasaan awak.. Sy doakan chubby balik ye

    ReplyDelete
  2. sedih..mngalir air mate bace ni.. semoga chubby dikembalikan pd awak..dn dijaga oleh org menyayangi kucing sepanjang penculikannya...:(

    ReplyDelete
  3. sy pun dh nangis...

    ReplyDelete
  4. Moga chubby dipelihara Allah walau di mana dia berada

    ReplyDelete
  5. Be strong k. Insyaallah chubby dalam pelihara Nya. Insyaallah, awak juga diberi petunjuk oleh Allah di mana chubby berada. Aaminn. Dan percayalah.. kucing2 yang kita pelihara akan sentiasa doakan kita. Dan kita pasti akan dipertemukan dengan mereka di akhirat kelak. Insyaallah. Moga tabah. ;)

    ReplyDelete
  6. Be strong k. Insyaallah chubby dalam pelihara Nya. Insyaallah, awak juga diberi petunjuk oleh Allah di mana chubby berada. Aaminn. Dan percayalah.. kucing2 yang kita pelihara akan sentiasa doakan kita. Dan kita pasti akan dipertemukan dengan mereka di akhirat kelak. Insyaallah. Moga tabah. ;)

    ReplyDelete
  7. Saya tlg awk share post ni yek..mana tau blh membantu...saya hrp sgt awk dpt bersatu blk dgn chubby..saya pun sygkan kucing2 sy mcm anak sdri..so saya fhm perasaan awk..

    ReplyDelete
  8. Saya tlg awk share post ni yek..mana tau blh membantu...saya hrp sgt awk dpt bersatu blk dgn chubby..saya pun sygkan kucing2 sy mcm anak sdri..so saya fhm perasaan awk..

    ReplyDelete
  9. kat mana awak tinggal KL ke kws selangor dah cari kat mana2 ke sebelum ni sbb kucing saya pernah sesat walaupun dh tinggal lama disini sbb masa tu hujan dan banjir sana sini dia tak dpt balik sebb air naik dilaluan dia balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat shah alam, masa malam dia hilang, hujan lebat, tapi tak banjir pun, dia pun x penah main area jauh2, sampai skrg dia x balik, skt dada sgt2, saya terfikir adakah saya xkan jumpa dia lagi, saya x sanggup.. saya tetap akan tunggu :,(

      Delete
  10. dah tampal iklan dan edarkn kat rumah2 yg berdekatan di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah, tampal kat dinidng, distribute dari umah ke rumah, kereta ke kereta , sume dah, dah tak twu nak usaha mcm mana lg :(

      Delete