Wednesday, June 24, 2015

Cara kurus di bulan puasa



Hai..

Hari ni saya nak berkongsi cara nak kurus pada bulan puasa.. Actually bukan bulan puasa ja, boleh juga ketika berpuasa 6 dan puasa puasa sunat yang lain.
Macam mana ya.. okay follow number di bawah

1. Bersahur ala kadar, jangan berat sangat. Seelok eloknya makan kurma atau oat. Saya prefer oat ketika bersahur. Oat serap kolesterol dan entah kenapa saya perasan berat lebih cepat turun ketika diet jika saya amalkan oat. Lagi satu saya nak share petua orang dulu-dulu, bersahur jangan berat nanti mudah lapar.

Situation : Kalau saya bersahur nasi, pukul 12 tengahari saya dah kelaparan, tapi kalau saya sahur makan oat atau segelas susu suam or kurma dengan air kosong, pukul 5 petang baru saya start lapar.Hebat bukan?haha

2.Berbuka ala kadar jugak. Jangan makan banyak2 dengan nasi dan santan nya lagi. Seboleh2nya avoid air sejuk berais.Ais akan memejalkan lemak makanan yang kita ambil malahan takut nanti buncit pulak. Kalau nak minum ais jugak, minum dulu baru makan. Lepas makan minum air yang panas or suam je cukup untuk cairkan lemak kononnya.LOL

3.Air Lemon suam jangan lupa ambil. Boleh ambil masa kita dah selesai makan dan dah nak tidur.  Air lemon tu x perlu letak gula ye . Bancuh sederhana pekat dan minum ketika masih suam. Selain membantu mengelakkan kanser boleh cut off lemak jugak.

Situation : Lemak melantak macam-macam selepas berbuka , saya minum secawan jus lemon pekat dan keesokkan hari saya mudah ke toilet (saya seorang yang susah buang air besar). Buang air besar secara konsisten perlu untuk mendapatkan berat badan ideal.


4.Banyakkan minum air kosong jangan lupa. Air kosong sebagai medium untuk buang benda2 yang tak diperlukan badan.

 Paling penting sekali adalah part ini !!

5. Bersenam ketika hampir dengan waktu berbuka. Bukan apa, bila dah penat bersenam , lepas bukak puasa terus boleh minum air. Hihi.
Seriously memang cepat betul berat badan saya turun jika saya bersenam dekat2 berbuka. 

Situation: Kadangkala saya tinggal bersama adik saya di apartment tingkat 15 dan purposely waktu balik dari office, saya naik tangga dari groundfloor ke tingkat 15. Percaya tak? Actually x perlu  buat one shot, saya buat 7 tingkat pertama, then saya jalan 1 pusingan level tu nak kurangkan letih then sambung ke tingkat 15. Memang penat lah tapi yang best, berpeluh2. selain dari menaiki tangga ke tingkat 15, saya akan skipping 200-300 kali. Skipping adalah benda paling mudah nak buat dirumah.Dalam bili sorang sorang pun boleh buat. 

SEkian sahaja dari saya.Good luck.



Selamat mendapat berat badan ideal ketika menyambut hari raya nanti :)

No comments:

Post a Comment