Friday, January 8, 2016

Honeymoom : Percutian ke Koh Samui Day 2

Good morning Koh Samui...

Hari ni bangun awal pagi semata untuk mandi laut. Almaklum lah Lamai Magic Resort ni hanya 10meter je dari beach so every morning boleh swimming.

Then dia punya reception dekat beach , baru lah kiteorang tahu. Kiteorang mintak untuk extend one or two more days sebab x sure nak duduk sini sampai bila. We both bagitau orang tu kami nak bayar pakai credit card (almaklumlah standby sebab cash x cukup ) then dia cakap ok bayar masa nak check out nanti.

Lepas balik bilik mandi mandi dan masak instant noodles, kami pun pergi berjalan jalan di Lamai Street. Hajat hati nak sewa motor sebab nak round Koh Samui and cari makanan halal. Tapi masa jalan jalan nak pergi cari tempat menyewa motor, we were approach by peniaga tepi jalan. Dorang jual beg, tshirt and fridge magnet.

I memang nak beli fridge magnet so i beli 10 pcs dengan harga 50 baht each. Dapat free 1 lepas nego. Then nampak bag2 lambang gajah (gajah adalah lambang Thailand) so tawar menawar pun bermula. Dapat lah kami beli kemeja thailand 350 baht for my dad, bag for my sister and my sister in law(250baht).





Kami jugak singgah pergi 7-e cari simkad. Simkad kat sini lebih kurang RM36 and free internet for 7days. Nak beli sim kena bawak passport ye tuan puan and lepas boleh terus guna tak payah tunggu.
Since husband bawak broadband, kami letak sim dalam broadband dia.

Masa beli simkad.. Kita tak payah susah2 dorang tolong pasangkan

Sempat jugak beli teh ais Thailand yang para blogger cerita sedap sangat yang lain dari Malaysia tu. Kami ambil saiz besar (super cool) cost around 24baht.
Rasa dia.... Manis.. Memang lain dari yang Malaysia. Agak sedap seab I heard that orang Thai mmg mahir campur dan mix flavour sampai sedap. But actually i am not so into teh ais so I x repeat order. My husband memang kaki teh ais, so dia repeat order. Halal ke tak, i x sure, i tengok blogger lain minum, i pun minum. I ada tanya seorang Muslim kat sini dia cakap Halal.




Susu pulak brand ni je yang ada logo Halal..So kami memang asyik beli Meiji ni je la,


Then kami dapat lah sewa motor skuter (hubby nak sebab thai ada banyak bukit so xpayah tukar gear) dengan harga 350 baht per 24hours and dapat lah helmet 2 ketul. Helmet dia kelakar lah.



Lupa nak cakap tadi masa beli tshirt,kami beli satu tshirt ni ada maps pulau on it. So hubby terus pakai senang kami nak refer map tu just tengok tshirt dia. Lol. 



So kami pun start lah merempit. Sini memang normal lah merempit, semua mat salleh pun merempit dan harga pun murah dari sewa kereta or dari bayar teksi berulang ulang.
So kami pun apa lagi merempit 1 pulau tak ingat dunia. Bawak moto sila berhati hati sebab ramai mat salleh yang tak berpengalaman bawak moto. Even worse, dorang bawak moto dalam keadaan mabuk. Even uolls terror bawak moto pun kekadang kita memang tak langgar orang, tapi orang yang boleh langgar kita. So be extra careful when u're here okay. Malam nya berlaku kemalangan yang sangat teruk antara moto dengan kereta dekat chaweng viewpoint. Memang scary ok ! Bawak moto jangan lupa baca ayat qursi.





Okay today kami berjaya sampai di sebuah restaurant halal di Koh Samui. Pada mulanya kami nak makan di Faria Muslim restaurant tapi tutup. Faria ni kat depan Bangkok Hospital di Samui. Korang boleh waze je. Ingat hospital ni kat samui, jangan korang waze kat bangkok pulak.
Since faria tutup, kiteorang lajak sikit ke depan jumpa Muslim Ihsan Restaurant.
Yang ni pun korang boleh waze. Bukak je waze type je keyword Muslim restaurant , memang jumpa la. Pendek kata waze kan aje.

So we ordered sotong stim limau, nasi putih , tomyam dan telur dadar. Tomyam dorang ni pedas ,kalau korang tak makan pedas baik pesan siang2. Btw jangan terkejut they speak malay. So cakap je lah bahasa melayu tak payah nak speaking sangat. Sotong stim limau ni memang sedap. Tomyam pulak lain sikit dari malaysia, katanya dorang ni cmpur air kelapa dalamnya. Korang rasa lah sendiri. Kami tambah nasi lagi sepinggan, teh ais 2 gelas, air limau ais satu. Total price 410 baht. Masa makan kami berkenalan dengan sales manager from firefly. Ramah orangnya. Sempat lah kami tanya beliau macam2 soalan. Dia memang dah berkali datang sini. Rumah no.2 dia cakap. Hehe. Maybe akan jadi rumah no.2 kami jugak. Memang best sangat kat sini.




Lepas makan sambung merempit pusing pulau. Ambil banyak jugak lah gambar almaklumlah semua tempat cantik cntik. Tapi kalau upload kat sini takut korang penat pulak nak browse. So I upload lah a few cukup untuk tatapan uolls,


















Kiteorang balik bilik petang rehat rehat kejab. Setelah round banyak tempat kiteorang decide akan terus stay disini. Bukan apa, lamai magic resort ni sangat near to the beach, murah pulak tu. Ambil fan punya pun dah cukup sebab terlalu sejuk hinggakan kami tidur tak bukak kipas,pun masih sejuk . Kalau air cond taktau lah nak cakap. Beku kot?

Tadi masa sewa motor,kami pergi tambah petrol di esso,husband i bubuh minyak full, punya lah save petrol sampai malam kami merempit minyak turun 1 bar je. Rasa sayang pulak nak return moto esok, sebab petrol banyak lagi. Haih rugi nye. Malam nya kiteorang pergi chaweng shopping keychain murah gila. Korang jangan sesekali beli selagi tak survey dulu harga more than 2 places. Jangan terkena macam i, beli bag kat lamai street dapat harga rm45.. Kat chaweng rm20 je :'( sobs  Dengar kata kat bophut murah-murah jugak. So nanti i nak pergi sana pulak.

Malam sebelum balik tidur kmi pergi urut. Rate dalam  250 baht per hour . So-so je urutan dia.
Sambung esok pulak.bye.

No comments:

Post a Comment