Saturday, January 9, 2016

Honeymoon: Percutian ke Koh Samui Day 3 and 4

Good morning Koh Samui...
Hari  ketiga dan ke empat kami kat sini. Tak banyak sangat yang kami buat  except for kami sambung sewa motor for one more day (since minyak banyak lagi) . Then kami ronda ronda lagi dan cari kedai makan Muslim lain. So kami jumpa kedai makan ni kira kira 5km dari lamai.




Mahal sikit dari Ihsan tapi sedap gila babun. Tapi kan.. Alahai.. Nak tunggu makanan 40minit baru sampai :( nasib baik sedap gila. Berbaloi kami tunggu lama.

Then lepas makan kami ronda ronda lagi kawasan sekeliling then before balik kami singgah di satu ticketing tour agency dekat je dengan resort Magic tempat kami tinggal. So kalau korang stay Lamai magic ni, senang skit sebab dekat dgn family mart,7e, n ada satu kedai halal kat sini. Jalan kaki 5 minit je.  Kedai tu nama dia Curry Pot Indian and Thai Restaurant near Mcdonalds. Kami belum pergi lagi, esok-esok lah pegi.

Lepas survey banyak agency tour, kat Lamai Magic Resort macam agak murah laa dari kami survey di Chaweng. Yang kat Chaweng tu 2100baht per person (menangis). Plus agency yang dekat Lamai Magic Resort ni (Mr Tu agency Nama dia) they can speak better English. Agak senang nak communicate dengan mereka ni. Kalau kat Chaweng,mak ai jenuh i nak hadam apa dia cakap, 

English pun sama macam Thai. Memang tak paham. So kiteorang decide nak ambil dengan dia ni. Esok lah kiteorang datang balik bayar fees.
Okay harga dia 1500baht seorang tak termasuk 100baht admission fees yg perlu dibayar semasa disana nanti.
Dah beberapa hari kat sini,memang i jatuh cinta dengan Magic Lamai Resort. Harga murah, dan kawasan sejuk gilaaa. Tak payah ambil yang air cond. Dan paling penting ada beranda dan boleh sidai baju. Hehe .
So malam nya kami ronda2 jugak sebab esoknya nak return moto dan kami x bercadang nak sambung menyewa. Sebab esok adalah hari yang kami plan nak berjimba jimba sun-tanning tepi pantai.

Hari keempat pulak since kami dah tak sewa moto , kami berehat je dalam bilik, penat sangat berhari2 berjalan je keje. Malam je kami bersiar siar di Lamai Street. The lepas dah penat balik je bilik, tidur,

Okay kita sambung Day 5  nanti. Good night.

No comments:

Post a Comment