Monday, January 11, 2016

Honeymoon : percutian ke Koh Samui Day 5

Good morning..
Hari ni hari Ahad, banyak kedai tutup.
Tapi nasib baik kedai Mr Tu agency Tour Ticketing kat resort kami ni bukak..tapi bukak lewat sikit. Hampir kami ingat dorang tak bukak hari ni. So pukul 12 kami return balik moto kat Popeye restaurant tu(kami sewa kat situ)
Then kami book esok ke Koh Nangyuan dan Koh Tao. 1500 baht seorang tak termasuk 100 admission fees yang kami kena bayar sendiri esok. So total bayar untuk dua orang adalah sebanyak 3000 baht.
Hari moto dah return, kami x plan nak sewa lagi sebab esok nak pegi koh nangyuan tu, kang rugi pulak sewa.
moto. Dengan masa yang ada kami habis kan masa berjalan kaki sepanjang Lamai Beach , setengah jam jugal kiteorang jalan sampai jumpa spot yang tak ramai orang sangat. Kami nak barig kat Sunbed tu, tanya orang kedai, dia cakap free tapi kena beli air.


Kami request air coke yang dalam botol dan minum direct dari situ. Sebab semua kedai serve pork.. Dorang guna span yang sama basuh semua pinggan so i assume cawan dia pun kita tak boleh guna laa kan.. Sepatutnya.. Air kelapa pun takut minum sebab dorang korek kelapa tu guna pisau yang sama dorang potong pork. Alahai...
So dah dapat port,air dah order kami pun apa lagi..berehat kat situ.. Bila matahari dah redup sikit baru kami pergi mandi di lautnya. Tapi ombak kuat ,kena pandai imbangkan badan. Lagi senang beli gogle sebab xnak air dipukul ombak masuk mata. Kalau diikutkan sini sesuai untuk surfing n jetskit. Kita yang melayu ni mana nak jetski sangat. So kalau nak berenang,ikut lah tour pergi koh nangyuan.. Baru boleh berenang.
Hari ni kami makan di Indian Restaurant Curry Port. Sedap jugak tapi mahal jugak. Ala sini semua mahal. So kami telan je lah walaupun pahit. Kari massala dia mak ai.. Pedas.. I yang ratu pedas ni pun tergugat. Husband i terus tak habis makan. Korang kalau xnak pedas kena request, kiteorang yg request pedas sebenarnya sebab ingat pedas macam tomyam kat ihsan tu je.. Sekali mak engkau, pedas rempah wehh.. Lain. Terbakar lidah.
Kat restaurant ni dorang buat home delivery with no extra charges. So kalau lapar boleh call dorang, order dari bilik.
Penat lah hari ni melawan ombak. Sambung esok pulak. Esok mesti banyak cerita sebab kami nak pergi koh nangyuan. Ok bye.






No comments:

Post a Comment