Thursday, January 7, 2016

Honeymoon : percutian ke Koh Samui Day 1 (LCCT-Surat Thani-Koh Samui)

Hi kawan kawan..
Lepas minimoon ke Sekeping Serendah hari tu ,hari ni selepas 69 hari bergelar suami isteri (lol) , baru lah ada masa nak pergi honeymoon. Actually dah plan lama dah tapi since masa kahwin hari tu banyak ambil cuti so thats why i postponed to this year sebab cuti tahun dah reset . haha.
So we both bercuti ke Koh Samui ni by Air Asia flight. Ticket murah je, total 2 pax hanya rm570 pergi balik ( including seat,insurance, baggage check-in and food).. Murah kan? Kalau x ambil food,seat mesti lagi murah. Tapi baggage check in kena ambil ok.. Dalam cabin tu kawalan ketat skit. So kalau u all check in baggage tu boleh la bawak liquid more than 100ml macam shampu sume. Ok, flight pukul 4.00pm tapi kami dah web check in awal2.. Sampai KLIA2 pukul 1.30pm , check in baggage the pegi makan ,lepak with my sister in law(yang tolong hantar kiteorg) and my sister ( stay dekat sepang je sbb dia Rayani Air flight attendant yang sedang dalam training).Kiteorang tukar duit kat airport je ,currency sekarang 1 Thai Baht sama dengan RM0.12 .  Kiteorang tukar RM1000  sebab duit thai dah habis time, tinggal banyak tu je. Boleh macam tu ? Ok..Pukul 3.20pm kapal terbang sampai.

Perjalanan dalam 1 jam 30minit untuk sampai ke Koh Samui. Boleh pulak i mabuk udara time tu. Stewardess pun offer minyak cap kapak kat i and it was really helpful. Nasib baik lah.
Kiteorang sampai pukul 6pm jam Malaysia, pukul 5pm jam Thailand. Beza sejam je. Tapi Thailand pukul 6pm dah start gelap . Then cepat2 kiteorang beli pakej bus-ferry-shuttle ke Koh Samui. Beli pakej lagi senang, tak payah fikir banyak. Tapi we both beli untuk pergi saja sebab kiteorang tak dapat confirm nak duduk hotel mana. So total 2 orang pergi sahaja was 1100 Thai baht. 



I pilih Raja Ferry. Service was okay even i baca banyak jugak bad review pasal Raja Ferry ni tapi i naik ni okay je. 


Berehat dalam bas

Bus selesa.Ferry selesa dan besar. Perjalanan bas mengambil masa sejam setengah. Masa dalam bas kiteorang tak tido sebab seronok tengok pemandangan sekeliling. Dalam bas pulak majority mat salleh lah.. Melayu ada 3 orang je. Dah sampai Dongsak Jetty kami tunggu dalam setengah jam untuk ferry sampai. Dalam masa tunggu tu ada coffee house boleh beli mineral water kat sana kalau nak. Makan? Tak berani, takde tulis halal. And kami beli coke :)

Cute tak? Lain dari Malaysia.. Slim je.. gambar kartun tu yang penting. Tulis ape pun memang tak paham la. Bahasa Thai.




Donsak Jetty at 6pm Thai


Ferry sampai dah 6.30 p.m Thai


Dalam ferry pun ada kedai boleh beli mineral water. Kiteorang ada bawak roti dari Malaysia so makan roti. Korang boleh bawak megi cup n mintak air panas dari kedai tu. Menyesal pulak kiteorang tak bawak megi cup. Hukhuk. Tandas selesa tapi tandas cangkung la. Ferry besar so banyak ruang kosong, sampai i tido telentang atas 3 seat. Hehe. Pemandangan tak jelas sebab dah malam. Tapi angin sejuk,ya Allah, sedapnye. Oh ya.. Ada pilihan nak duduk open air or tempat beraircond.

Kami duduk di tempat air cond sebab dah malam


Bila dah sampai koh samui  , pemandu shuttle akan tunggu kat sana.. Dorang akan recognize kite thru sticker yang dah ditampal kat baju kita masa kat kaunter tiket tadi.


Now sampai lah kat hotel. Actually kami tak book hotel. Kerja gila betul. Tapi memang i dah aimed Lamai Magic Resort,standard fan room, review cakap murah dan bagus. Dekat dengan beach  with walking distance. So kami terus mintak driver hantar ke Lamai Magic Resort. Nasib baik ada banyak bilik kosong. Tapi untuk fan je la.. Air cond dah full. Masa ni kami desperate gile nak kan internet. My hubby tinggalkan business dia running mcm tu je, dia honeymoon pun dalam kerisauan. Takut tak update dari pekrja pekerja dia.  Luckily Lamai Magic Resort ni ada wifi. Kiteorang fikir nak buat roaming je rm37 per day, mahal pun terpaksa. Dengar2 internet thai mahal tapi better pakai internet thai thru simkad dorang, lagi murah dari roaming. Takut sangat nanti dah sampai lewat, tak sempat beli sim. Terkapai terkial kial pekerja husband i nanti.

Tapi Alhamdulillah resort ni punya hotspot punya lah laju sampai boleh video facebook. Hehe. Bilik so-so je. Kecik. Tapi like the review written by previous guests, nothing to be complained here sebab harga murah sangat dan sepadan dengan hotel condition and hey we are in Thailand. So tak payah nak ber hotel grand sangat. So i ikut je la review tu.

Tapi memang betul sejuk. Tak perlu aircond even bilik aircond nampak lagi cantik:( but review cakap bilik air cond tu mahal sangat sampai tak padan dengan condition bilik.

Dan kenapa pilih resort ni sebab i bawak rice cooker. Hahaha. Since resort dia sebijik sebijik n terasing, senang lah i nak masak, nak sidai baju basah kat beranda and so on. Sini susah dapat makanan halal okay. So i bawak 3in 1 and instant noodles yang banyak. Semua masak dalam rice cooker termasuk air. Sini xde water heater. Kalau tau, i bawak water heater dari rumah. Baggage i tadi pun 9kg je, ada kosong lagi 6kg. Haih.

Tuala I pun nak interframe sekali
Okay lepas makan, solat,( kiblat boleh cek guna apps) and charge hp, ( kat magic resort ni tak payah bawak international adapter pun xpe sebab boleh bli dari 7e dan family mart yang bersepah2 tepi jalan) kiteorang keluar jalan kaki explore nak cari atm machine dan tempat tukat duit.  Thanks God, keluar je dari kawasan hotel, macam macam ada punya lah meriah. Lamai Street is the name of the street. Dari bar, atm machine, family mart 7e, belambak2 tepi jalan. So kalau nak beli sabun, air ape2 je boleh pergi 7e. Makanan yang ada logo halal yang meyakinkan boleh la u all beli.
Tak menyesal i pilih hotel except bilik hotel kecik tu je. Nasib baik wifi laju.
Ok lah nak tidur dah. Nanti i sambung tulis untuk Part 2. Ok bye.( Gambar nanti balik malaysia i upload)

No comments:

Post a Comment