Ramai yang dah tahu kewujudan cuka epal dan ada yang baru pertama kali mendengarnya.
Buat first-timer , mesti tertanya-tanya apa itu cuka epal atau apple cider vinegar (ACV)dan apa khasiatnya kan?
Meh sini nak cita..
Cuka epal kedengaran seperti masih baru di pasaran tapi pada hakikatnya ia diamalkan pada zaman sebelum Rasulullah S.A.W lagi.
Pernah dengar pepatah Inggeris "sebiji epal setiap hari akan menjauhkan anda dari doctor''?
Tidak dapat disangkal lagi memang benar. Terdapat banyak khasiat pada epal yang ramai daripada kita terlepas pandang.
Rasa cuka epal ni macammana ya?
Rasanya adalah sangat-sangat-sangat masam. Yes, masam. Sesuatu yang bersifat penawar sudah tentu rasanya tak sedap. Orang zaman dahulu memang menggunakan cuka epal sebagai setiap penawar mereka.
ACV mengandungi 30 jenis nutrien,12 galian dan lebih dari 6 zat dan khasiat seperti pektin, mineral, serat dan vitamin.APC merupakan pembunuh kulat dan bakteria selain daripada menyingkir toksid di dalam badan.Jikalau luka , ruam atau gatal,hanya sapukan cuka epal terhadap kulit yang terkena infection, In syaa Allah akan ada perubahan.
Cuka membersihkan hati, hati kita menyimpan segala toksid terutamanya dari makanan laut yang kita ambil saban hari. Walaupun sifatnya yang masam , ia mampu mengalkalikan air kencing kita. Kalau tak percaya amalkan seminggu, sebelum amal test air kencing anda dengan kertas litmus, sudah pastinya bersifat asid, selepas mengamalkan ACV, test semula, air kencing anda akan bersifat alkali.
Antara khasiat-khasiat lain ACV:
1.menurunkan berat badan apabila diamalkan setiap pagi ,dilarutkan dengan air suam
2.anti alergik; resdung
3.Mengatasi masalah kulit; jerawat, ruam, gatal-gatal
4.Kencing manis , darah tinggi
5.Menghindar dari gout(kerana terlalu banyak makan seafood)
6.Merawat sakit sendi dan otot.
7.Memutihkan mata kuning
8. Mencergaskan badan
9. Menghilang kelesuan
10. Elak kencing kotor, kencing menjadi lebih jernih
11. Melambatkan proses penuaan (paling penting awet muda)
Dimana ACV ini boleh didapati?
Hampir semua pasaraya ada menjual ACV ini. Pun begitu anda harus berhati-hati ketika membeli ACV kerana terdapat pelbagai versi di luar sana. Cuka epal yang elok yang disarankan bila tertulis di botol cuka, ''terdapat ibu cuka'' or ''With the mother". Sebenarnya ibu cuka ini yang menjadikan cuka epal ini berkhasiat. Jika anda perasan banyak juga epal di pasaran menjual cuka epal yang cair .Mereka telah menapis ibu cuka ini keluar walhal ibu cuka inilah yang kita perlukan.Ibu cuka menjadikan warna cuka seakan lebih gelap dan pekat.Ibu cuka seakan-seakan lendir yang terapung di atas cuka dan kelihatan seperti membeku.Ibu cuka juga bertindak menukarkan alkohol kepada cuka. Cuka tiruan lain tiada khasiat dan zat kerana mereka hanya bertindak sebagai penambah rasa makanan sahaja seperti Heinz Brand.
So brand yang disarankan yang rata-rata bila ditanya, semua orang akan guna brand dibawah ini (including me):
Bragg yang boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Aeon dengan hanya RM11- RM13 sebotol.
Ini pula brand cuka yang digunakan oleh keluarga saya yakni ibu saya, tetapi ini adalah cuka kurma, mungkin sedikit berbeza tetapi fungsinya lebih kurang sama dengan cuka epal
Sekian sahaja, selamat beramal :)