Thursday, December 13, 2012

Tiru cara saya kuruskan badan

hai semua,
lately ramai yang menegur tubuh saya semakin langsing dan ramai yang telah bertanya supplement apa yang saya ambil, tidak kurang juga yang bertanya tips dan jadual pemakanan yang telah saya ikuti. jika saya mempunyai masa saya akan bercerita satu persatu tetapi jika tiada masa, saya hanya menyuruh mereka elakkan minuman berais, gula dan makanan berminyak 

Disamping ingin berkongsi kegembiraan saya bersama semua kawan-kawan serta pembaca blog, saya juga ingin berkongsi jadual pemakanan dan tips yang saya amalkan sepanjang program diet 2 bulan saya:)

Menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah, seperti anda yang lain yang mendapati adalah sukar untuk menurunkan berat badan, begitu juga saya. Saya telah cuba pelbagai cara sejak 4 tahun yang lalu tetapi semuanya adalah sementara. Kesilapan saya adalah saya tidak mengetahui teknik yang betul dan saya tidak work out. Seharusnya usaha menurunkan berat badan perlulah disertai motivasi yang tinggi. Anda bertanggungjawab untuk memotivasikan diri anda agar usaha anda tidak terhenti ditengah jalan.

Keys to Success:


  • Be a calorie-counter
  • Workout
  • Eat, eat and eat. Do not skip your meals
  • Highly-motivated
  • Avoid sugar and oily food 



Diet Epal Hijau

Diet epal hijau adalah program diet yang saya amalkan semasa ingin memulakan program diet. Dengan hanya mengunyah epal ketika lapar, saya minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari. Minum air kosong adalah untuk mengelak lapar, tetapi jika saya terasa ingin mengunyah, saya akan mengunyah epal hijau. (Anda boleh membeli epal hijau di Mydin dengan harga berpatutan) Anda juga boleh gantikan dengan buah buahan lain selain epal. Jika anda memerlukan tenaga yang lebih untuk bekerja keras, anda boleh makan ayam rebus atau menghirup sup ayam.Sebelum memulakan program diet epal hijau ini, berat saya adalah 66.5kg. Selepas seminggu berat saya mulai turun mencecah 65kg. Apabila berat sudah mulai turun,anda bolehlah teruskan journey anda. Apa yang anda perlu adalah melatih dan memotivasikan diri anda.

Makan apa sahaja, kira jumlah kalori yang anda ambil

Ramai juga yang memperkecilkan si calorie-counter, pada mulanya saya hampir terpengaruh tetapi sebenarnya mengira kalori yang anda makanan adalah kunci utama untuk sukses. Biasanya tubuh wanita hanya perlukan 800kcal ke 1200 kcal sehari. Jadi jika anda mahu kurangkan berat badan sudah tentulah anda tidak akan mengambil lebih  daripada jumlah tersebut dalam sehari. Cara saya pula, saya mengambil 500-600kcal tenaga sahaja sehari. Tetapi jika saya akan melakukan kerja berat pada hari tersebut dan memerlukan lebih tenaga, saya akan mengambil calori yang lebih tetapi tidak melebihi 1000kcal.
Ini adalah rahsia saya:) Tetapi sebolehnya saya akan elak makanan berminyak dan minuman berais dan bergula.Pantang pada peringkat awal diet! Mengambil minuman berais selepas makan hanya akan menjadikan anda buncit, tidak ada faedah lain. Jadi sayangilah tubuh anda. Jangan skip meals anda, anda akan berpotensi untuk mengambil makanan lebih banyak, jadi anda harus makan dan makan, cuma perhatikan dan rancangan jumlah kalori yang anda ambil . Saya sendiri mempunyai nota kecil di dalam handbag ketika mula diet dulu. Jika tiada aral melintang In syaa Allah saya akan update tentang jumlah kalori didalam makanan pada entri akan datang.

p/s : please click for more info -----> nota calories

Work out
Bersenamlah at least 4kali seminggu. Bersenam itu penting dan saya akui begitu susah untuk memotivasikan diri  tentang kepentingan bersenam. Tetapi selepas berat anda mulai turun dan disertai dengan senaman anda akan perasan sebenarnye berat anda turun dengan lebih cepat jika bersenam. Sudah tentu keterujaan bukan kepalang lagi.
Jika tiru cara saya, saya jogging lebih kurang 2km 2kali seminggu dan aerobik di rumah 2kali seminggu. Anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman yang anda suka, tetapi jika tiru cara saya, saya hanya melakukan 2 jenis senaman ini. Aerobik juga aktiviti yang menyeronokkan apatah lagi jika kita suka setiap gerak tari aerobik tersebut. Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua video aerobik kegemaran saya. Gerak tari yang mudah dan mampu mengeluarkan peluh dengan banyak. Jadi setiap petang pada masa yang lapang,anda boleh melakukan aktiviti aerobik ini di dalam bilik atau diruang tamu :)




Dalam masa 2 bulan je berat saya dari 66.5kg dah turun mendadak ke 58kg. Berat saya sekarang sudah pasti kurang daripada ini, tapi belum sampai target berat saya iaitu 55kg..Tapi saya dah tak perlu struggle lagi cuma hanya perlu maintain dan turunkan secara perlahan-lahan tanpa rushing.

Perut Buncit??

Manakala untuk perut, saya tidak melakukan senaman berat untuk kempiskan perut saya yang buncit dulu, seperti yang saya sarankan, jangan minum minuman berais atau sejuk selepas setiap kali makan, itu sudah memadai untuk dapat perut yang kempis. Video dibawah menunjukkan cara senaman ringan yang saya lakukan.  Cuma ambil masa selama 2 minit sahaja setiap kali. Seperti anda, saya juga malas bersenam, sebolehnya saya akan melakukan senaman ringan dalam masa yang singkat sahaja. Senang sangat.. sambil baring tengok tv pun boleh buat.




Maintain berat ideal anda

Untuk maintain anda sangat perlukan digital scale. Penting!! Berat saya naik mendadak dulu kerana saya tak gantikan scale saya yang rosak jadi saya tidak sedar berat saya naik mendadak. Bila dah sedar, dah terlambat pun. Hampir 4 tahun hidup dengan berat yang berlebihan, saya dah cuba pelbagai cara tetapi tak berjaya. So saya berharap tips saya pada kali ni, akan membantu anda yang belum berjaya mendapat berat ideal anda.

Jom ulangkaji


  • Jangan minum ais lepas makan, nanti perut buncit!  confirmed! Ais akan pejalkan minyak pada makanan dalam perut anda dan anda akan transform menjadi buncit.
  • Jangan makan malam 4jam sebelum tidur.
  • Minum air kosong 8 gelas sehari dan minum setiap kali sebelum makan untuk elak anda makan dengan banyak
  • Jangan skip meals, kunyahlah buah jika anda ingin mengunyah
  • Kira kalori makanan yang anda ambil
  • WAJIB ada digital scale
  • Workout secara constant
  • Pastikan anda membuang air besar secara teratur, jika tidak anda sememangnya perlukan supplement untuk fungsi ini.
  • Tinggalkan minuman manis dan makanan berminyak, gantikan minyak anda dengan olive oil
  • Adalah lebih baik anda memasak sendiri makanan anda, anda akan limitkan gula dan minyak dalam masakan sendiri.


Selamat berjaya:))





Time gemok


Time kurus sket

p/s : saya akan update entry ni dari masa ke semasa untuk pastikan tidak tertinggal tips yang penting

12 comments:

  1. awak sangat cantik ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih...perkongsian sis buat sy bersemangat nk kurus....

    ReplyDelete
  3. Wauuu... cntik..

    ReplyDelete
  4. Thanks, tips yang menarik..nie semangat nak kurs juga, nampak cantik :)

    ReplyDelete
  5. hi..jenjalan kat cni..singgah la ke blog sy pula..=)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal Sis
    untuk bisa manjaga berat badan tubuh dalam berat proposional ini sebaiknya melakukan senam lantai 1 minggu berapa kali ya?
    dan dimana ya ada tempat senam yang menyediakan koleksi baju senam terbaru di Jakarta ?

    ReplyDelete
  7. Terbaik.. Bukan senang nak kurus tetapi kalau guna cara kuruskan badan yang betul. Mesti boleh punya.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Sis, keep it up!
    Ada macam2 cara nak kurus, kena cuba sampai jumpa yang sesuai kan. Yang penting tak give-up.

    Kak Hend
    www.nuherba.com

    ReplyDelete
  9. ATHTIC PINE | Titsanium Art, Titsanium Stone Co., Ltd.
    We create snow peak titanium premium titanium jewelry piercing stone art, tin and metal artwork which will spark galaxy watch 3 titanium your passion for art. Titsanium Stone Co., Ltd. is titanium nitride coating service near me a หารายได้เสริม premium stone artwork studio with a

    ReplyDelete