Wednesday, June 26, 2013

Resipi Original Bruschetta

Kali ni saya nak share dengan pembaca semua resipi makanan kegemaran saya, which is

"Bruschetta"

Bruschetta berasal dari Italy,original recipe of bruschettta cuma perlukan grilled bread, bawang putih, olive oil, garam, cheese dan tomato. Kita boleh campur pelbagai jenis topping lagi bersama tomato, beans, meats.Boleh dijadikan snack or appetizer.

Okay, ini adalah resipi cara saya;

Bahan-bahan

8 biji tomato dipotong kiub
1/2 cawan  bawang merah dicincang
sedikit daun basil
3 ulas bawang putih dicincang
sedikit cuka atau lemon juice
olive oil
garam
lada sulah
serbuk keju Mozarella
1 loaf long French Bread(melayu taktau panggil apa, tapi boleh beli dekat Tesco)

Cara-cara

1. Campur tomato, bawang merah, bawang putih ke dalam mangkuk bersama daun basil.

2. Campurkan sedikit cuka ke dalam campuran tomato tadi bersama garam,lada sulah dan olive oil. Gaul rata. 

3. Roti French di potong cross-sectionally, saya potong kepada 12 kepingan.Kemudian sapu dengan butter dan bakar. Saya goreng bersama butter ke dalam kuali sehingga garing.

4.  Sapu diatas permukaan roti yang telah dipotong tadi dengan campuran tomato bersama serbuk keju dan bakar roti French tersebut sehingga cheese cair selama 3 minit.

Siap :)





ni lah rupa dan bentuk Bruschetta (sepatutnya lebih banyak tomato).. tiap kali tengok gambar mesti je rasa nak buat again and again.

All The Best (:






No comments:

Post a Comment